18 Mac 2013 . YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan rasmi ke Penjara Reman Pulau Pinang dan sesi dialog bersama anggota dan kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang. Dalam sesi dialog tersebut, YBhg. Dato' Sri telah menyampaikan amanat serta halatuju jabatan dan Kementerian. Pada majlis yang sama, YBhg. Dato' Sri telah memakaikan pangkat kepada TPP Zulfakri Bin Ahmad yang telah disahkan jawatan sebagai Timbalan Penguasa Penjara manakala Sarjan 3975 Jamaluddin Bin Hashim telah menerima Pingat Gangsa Ketua Pengarah.
""